i. Permainan Force Ball

Tarikh: 4 Oktober 2011
Tempat: Gimnasium
Kumpulan Sasaran: Murid tahap 1 dan tahap 2
Read More

ii. Pengenalan Permainan

Pengenalan

Permainan kanak-kanak ini iaitu “Force Ball” dicipta berdasarkan permainan sukan softball, kriket dan besbol. Permainan ini merupakan permainan kategori pukulan. Force Ball bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memukul, melambung dan menyambut bola.
               
Selain itu, dengan terlaksananya tugasan ini, kami memperolehi pengalaman baru terutamanya dalam bidang ICT dan kemahiran dalam pembinaan blog. Secara berkumpulan, kami menggabungkan idea dan pendapat masing-masing untuk menghasilkan blog yang menarik dan penuh informasi.
                
Di samping itu, melalui blog ini kami juga memperolehi kemahiran-kemahiran baru seperti kemahiran membaca dan menulis blog. Blog ini merupakan blog penghasilan kami yang pertama. Jadi banyak tunjuk ajar yang diperolehi daripada pelbagai sumber untuk menyiapkan sebuah blog yang bermutu tinggi. Tambahan pula, kemahiran ICT dapat dipertingkatkan dengan penghasilan blog yang menggunakan pelbagai bentuk grafik, rakaman video, dan mengedit gambar untuk diletakkan di dalam blog ini.
                
Natijahnya, permainan Force Ball dapat mencapai objektif dan matlamat yang telah dirangka. Di samping itu, para pengunjung blog dapat memperolehi pengetahuan serta  input baru mengenai permainan kategori sasaran dan dapat mengaplikasikanya.
Read More

iii. Jawatankuasa Kerja

PENAUNG
En. Tan Ying Kee
(Pengarah IPG Kampus Perlis)

PENASIHAT
Pn. Norazelina bt Awang @ Man
(Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)

PENGERUSI
Mohamad Ubaidillah Bin Mohamad Khairi

NAIB PENGERUSI
Sheril Mieza Yushima bt Md Yusoff

SETIAUSAHA
Farah Hani bt Che Rani

AJK PERALATAN
Amir Farid b Khairuddin
Parimala A/P Kumaran

Read More

iv. Senarai Nama Peserta

  1. AMIR BIN RAZAK
  2. ASHAARI BIN SELAMAT
  3. FATEEN AMIRAH BINTI RAMLI
  4. FATIMAH BINTI ZAINAL ABIDIN
  5. HAFIZATI HUSNA BINTI IBRAHIM
  6. MOHD FARIS BIN ISMAIL
  7. MOHD KHAIRI BIN MOHD ZAIN
  8. NUR ANITA BINTI HASNAN
  9. MOHD HAZIEM BIN MD BASERI
  10. ZALIKHA ASYRAN BINTI AKILUL NAZAR
Read More

v. Senarai Semak

Sebelum
BIL
SENARAI SEMAK SEBELUM PERLAKSANAAN PERMAINAN
YA
TIDAK
CATATAN
1
Mengadakan perbincangan dengan semua ahli kumpulan
/
2
Melantik ahli jawatankuasa pertandingan serta senarai tugas masing-masing
/
3
Membuat kertas kerja
/
4
Menghantar kertas kerja kepada pensyarah pembimbing dan diluluskan
/


Semasa
BIL
SENARAI SEMAK SEMASA PERLAKSANAAN PERMAINAN
YA
TIDAK
CATATAN
1
Memastikan keadaan kesihatan pelajar
/
2
Memastikan pakaian pelajar adalah sesuai
/
3
Memastikan pelajar berada di tempat yang selesa
/
4
Memastikan pelajar memanaskan badan dengan cara yang betul
/
5
Penyemakan alatan
/
6
Mengambil kehadiran pelajar
/
7
Memastikan keadaan disiplin pelajar terkawal
/
8
Kemudahan peti pertolongan cemas disediakan
/
9
Memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan
/
10
Memastikan bahawa guru menjalankan demontrasi permainan
/
11
Memastikan keadaan gelanggang selamat
/
12
Pengadil mestilah berada di kawasan permainan sepanjang permainan berlangsung
/


Selepas
BIL
SENARAI SEMAK SELEPAS PERLAKSANAAN PERMAINAN
YA
TIDAK
CATATAN
2
Mengemas kawasan gelanggang
/
3
Menyimpan semula alatan yang digunakan
/
4
Membuat refleksi terhadap perlaksanaan permainan
/
Read More

vi. Keselamatan Permainan

 Keselamatan Permainan :

• Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecuaian diri sendiri yang boleh menyebabkan kemalangan, kecederaan ataupun kehilangan harta benda sebelum, semasa dan selepas pertandingan. 

• Bola yang digunakan mestilah lembut dan tidak terlalu keras. 

• Pakaian yang dipakai mestilah sesuai (pakaian sukan yang lengkap).
Read More

vii. Rumusan Permainan

Melalui permainan ini, kami dapat mengenalpasti jenis permainan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam kategori pukulan. Force Ball menggunakan alatan-alatan yang mudah didapati seperti kon, bakul, bola dan pemukul. Kami juga berjaya mereka cipta alat ganti iaitu tangan pemukul dan bakul kotak menggunakan bahan terbuang.



Melalui permainan “ Force Ball” ini, murid-murid dapat belajar kemahiran asas seperti kemahiran asas memukul bola, melambung serta menyambut bola. Selain itu, kemahiran pergerakan asas ketinting dapat ditingkatkan. Melalui penerapan ini, murid-murid dapat menggunakan ilmu sedia ada daripada permainan asal iaitu ‘rounddes’.

Selain itu, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama murid dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri mereka. Permainan ini juga memberi peluang kepada murid bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekali gus membantu mereka mahir dalam kemahiran tersebut. 

Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka sendiri. Oleh sebab yang demikian, murid-murid akan menjadi seronok ketikan bermain dan sekali gus membantu mereka untuk menguasai keamahiran asas yang ingin diajar. 

Secara keseluruhannya, permainan kanak-kanak “Force Ball” bukan sahaja dapat menjadikan murid lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai murni dalam diri mereka. 
Read More

1.0 Tajuk Permainan

Tajuk : Force Ball
Kategori : Pukulan
Read More

2.0 Matlamat Permainan

Blog ini dibuat untuk memaparkan dan membentangkan Permainan Kanak-kanak yang dicipta sendiri kepada umum sebagai panduan mengendalikan permainan kanak-kanak menggunakan sumber internet iaitu laman web. Melalui penghasilan blog ini juga, objektif kerajaan untuk melahirkan generasi yang celik teknologi maklumat (IT) dapat direalisasikan.
Read More

3.0 Obketif Permainan

Melaui blog ini, kami dapat :



  • belajar meneroka dan menghasilkan laman web permainan kanak-kanak kategori pukulan yang boleh dijalankan semasa proses P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah.
  • mengaplikasikan dan menggabungkan pelbagai pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari daripada mata pelajaran pergerakan asas elektif 1 (PJM3102)
  • menunjukkan kekreatifan dalam mencipta satu set permainan kanak-kanak yang sesuai dengan murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2.
Read More

4.0 Panduan Pelaksanaan Permainan

Panduan pelaksanaan permainan merangkumi 4 aspek seperti berikut :

1) Senarai jenis alatan
2) Prosedur pelaksanaan permainan mengikut kategori
3) Pelan kedudukan pelaksanaan permainan
4) Peraturan dan syarat-syarat permainan

Read More

4.1 Senarai Jenis Alatan


Dalam permaian Force Ball ini terdapat 4 jenis alatan yang digunakan :


Skitel



 Bola



Pemukul Tangan




Bakul
Read More

4.2 Prosedur Pelaksanaan Permainan

  1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli bagi setiap kumpulan.
  2. Kumpulan 1 dinamakan 'Force' manakala kumpulan 2dinamakan 'Ball'.
  3. 'Force' akan menjadi penyerang manakala 'Ball' akan menjadi penghadang dan sebaliknya.
  4. Setiap ahli kumpulan 'Force' akan mengambil giliran memukul bola dengan menggunakan pemukul tangan.
  5. Setelah berjaya melakukan pukulan, pemukul akan segera melakukan ketinting ke arah skitel-skitel sehingga ke skitel yang terakhir. Manakala, 'Ball' akan cuba menangkap, menyambut dan melambung bola yang dipukul tadi dengan menggunakan bakul dan meletakkan bola di skitel berhampiran untuk mematikan pihak Force.
  6. Jika pemukul tidak sempat sampai di mana-mana skitel setelah pihak 'Ball' berjaya meletakkan bola dan bakul di skitel maka pemukul itu akan dikira mati.
  7. Jika pemukul berjaya melakukan ketinting hingga ke skitel terakhir, dia dikira 'Home' dan mendapat 3 mata.
  8. Permainan ini diteruskan sehingga kesemua ahli kumpulan 'Force' memukul bola dan menukarkan peranan iaitu pihak 'Ball' pula menjadi 'Force' dan pihak 'Force' menjadi 'Ball'.
  9. Mata akan dikira berdasarkan bilangan ahli kumpulan yang berjaya membuat 'Home'.
  10. Kumpulan yang mengumpul banyak mata memnangi permainan ini.

Gambar-gambar permainan Force Ball 


Pemain memukul bola.
Kumpulan 'Force' memukul bola yang dibaling.
Kumpulan 'Ball' menyambut bola yang dipukul.



Video permainan Force Ball
Read More

4.3 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

1) Pelan permainan sebelum permainan

2) Pelan permainan semasa permainan berlangsung






3) Pelan sebenar permainan

Read More

4.4 Peraturan dan Syarat-syarat Permainan

  1. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pemain sahaja.
  2. Peserta yang dibenarkan untuk membuat pukulan hanya dibenarkan untuk membuat tiga kali pukulan sahaja. Jikalau tiga kali percubaan itu gagal maka bahagian pukulan akan diambil alih oleh pihak lawan. 
  3. Pukulan yang dilakukan mestilah dari paras bahu dan bola mesti melalui pembaling.
  4.  Setelah memukul pemukul akan berketingting ke setiap stesyen yang disediakan. Jikalau pemain gagal untuk berketingting, maka pemain itu akan dimatikan.
  5. Pada masa yang sama pihak lawan harus memegang bakul yang berfungsi untuk menangkap bola yang dipukul pemukul. 
  6. Pihak lawan tidak sekali-kali menangkap bola menggunakan tangan. Jikalau berlaku demikian maka pihak lawan akan diberikan mata tambahan.
  7. Pihak lawan yang berjaya menangkap bola tidak boleh bergerak dan hanya boleh menyerahkan bola kepada ahli kumpulan yang lain untuk menterbalikkan  bakul beserta bola di kon yang disediakan di mana-mana stesen untuk mematikan pemukul yang berketingting sebentar tadi.
  8. Sekiranya pihak lawan gagal berbuat demikian maka pemukul masih mempunyai peluang untuk menghabiskan satu pusingan lengkap dan mendapatkan ‘HOME’.
  9.  Mata kemenangan dikira kepada kumpulan yang ahlinya yang paling ramai yang berjaya melakukan ‘HOME’.
Read More