Monday, 3 October 2011

ii. Pengenalan Permainan

Pengenalan

Permainan kanak-kanak ini iaitu “Force Ball” dicipta berdasarkan permainan sukan softball, kriket dan besbol. Permainan ini merupakan permainan kategori pukulan. Force Ball bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memukul, melambung dan menyambut bola.
               
Selain itu, dengan terlaksananya tugasan ini, kami memperolehi pengalaman baru terutamanya dalam bidang ICT dan kemahiran dalam pembinaan blog. Secara berkumpulan, kami menggabungkan idea dan pendapat masing-masing untuk menghasilkan blog yang menarik dan penuh informasi.
                
Di samping itu, melalui blog ini kami juga memperolehi kemahiran-kemahiran baru seperti kemahiran membaca dan menulis blog. Blog ini merupakan blog penghasilan kami yang pertama. Jadi banyak tunjuk ajar yang diperolehi daripada pelbagai sumber untuk menyiapkan sebuah blog yang bermutu tinggi. Tambahan pula, kemahiran ICT dapat dipertingkatkan dengan penghasilan blog yang menggunakan pelbagai bentuk grafik, rakaman video, dan mengedit gambar untuk diletakkan di dalam blog ini.
                
Natijahnya, permainan Force Ball dapat mencapai objektif dan matlamat yang telah dirangka. Di samping itu, para pengunjung blog dapat memperolehi pengetahuan serta  input baru mengenai permainan kategori sasaran dan dapat mengaplikasikanya.

0 comments:

Post a Comment