vii. Rumusan Permainan
Melalui permainan ini, kami dapat mengenalpasti jenis permainan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam kategori pukulan. Force Ball menggunakan alatan-alatan yang mudah didapati seperti kon, bakul, bola dan pemukul. Kami juga berjaya mereka cipta alat ganti iaitu tangan pemukul dan bakul kotak menggunakan bahan terbuang.
Melalui permainan “ Force Ball” ini, murid-murid dapat belajar kemahiran asas seperti kemahiran asas memukul bola, melambung serta menyambut bola. Selain itu, kemahiran pergerakan asas ketinting dapat ditingkatkan. Melalui penerapan ini, murid-murid dapat menggunakan ilmu sedia ada daripada permainan asal iaitu ‘rounddes’.
Selain itu, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama murid dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri mereka. Permainan ini juga memberi peluang kepada murid bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekali gus membantu mereka mahir dalam kemahiran tersebut.
Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka sendiri. Oleh sebab yang demikian, murid-murid akan menjadi seronok ketikan bermain dan sekali gus membantu mereka untuk menguasai keamahiran asas yang ingin diajar.

Secara keseluruhannya, permainan kanak-kanak “Force Ball” bukan sahaja dapat menjadikan murid lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai murni dalam diri mereka.
0 comments:
Post a Comment