Thursday, 29 September 2011

4.2 Prosedur Pelaksanaan Permainan

  1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli bagi setiap kumpulan.
  2. Kumpulan 1 dinamakan 'Force' manakala kumpulan 2dinamakan 'Ball'.
  3. 'Force' akan menjadi penyerang manakala 'Ball' akan menjadi penghadang dan sebaliknya.
  4. Setiap ahli kumpulan 'Force' akan mengambil giliran memukul bola dengan menggunakan pemukul tangan.
  5. Setelah berjaya melakukan pukulan, pemukul akan segera melakukan ketinting ke arah skitel-skitel sehingga ke skitel yang terakhir. Manakala, 'Ball' akan cuba menangkap, menyambut dan melambung bola yang dipukul tadi dengan menggunakan bakul dan meletakkan bola di skitel berhampiran untuk mematikan pihak Force.
  6. Jika pemukul tidak sempat sampai di mana-mana skitel setelah pihak 'Ball' berjaya meletakkan bola dan bakul di skitel maka pemukul itu akan dikira mati.
  7. Jika pemukul berjaya melakukan ketinting hingga ke skitel terakhir, dia dikira 'Home' dan mendapat 3 mata.
  8. Permainan ini diteruskan sehingga kesemua ahli kumpulan 'Force' memukul bola dan menukarkan peranan iaitu pihak 'Ball' pula menjadi 'Force' dan pihak 'Force' menjadi 'Ball'.
  9. Mata akan dikira berdasarkan bilangan ahli kumpulan yang berjaya membuat 'Home'.
  10. Kumpulan yang mengumpul banyak mata memnangi permainan ini.

Gambar-gambar permainan Force Ball 


Pemain memukul bola.
Kumpulan 'Force' memukul bola yang dibaling.
Kumpulan 'Ball' menyambut bola yang dipukul.



Video permainan Force Ball

0 comments:

Post a Comment