- Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pemain sahaja.
- Peserta yang dibenarkan untuk membuat pukulan hanya dibenarkan untuk membuat tiga kali pukulan sahaja. Jikalau tiga kali percubaan itu gagal maka bahagian pukulan akan diambil alih oleh pihak lawan.
- Pukulan yang dilakukan mestilah dari paras bahu dan bola mesti melalui pembaling.
- Setelah memukul pemukul akan berketingting ke setiap stesyen yang disediakan. Jikalau pemain gagal untuk berketingting, maka pemain itu akan dimatikan.
- Pada masa yang sama pihak lawan harus memegang bakul yang berfungsi untuk menangkap bola yang dipukul pemukul.
- Pihak lawan tidak sekali-kali menangkap bola menggunakan tangan. Jikalau berlaku demikian maka pihak lawan akan diberikan mata tambahan.
- Pihak lawan yang berjaya menangkap bola tidak boleh bergerak dan hanya boleh menyerahkan bola kepada ahli kumpulan yang lain untuk menterbalikkan bakul beserta bola di kon yang disediakan di mana-mana stesen untuk mematikan pemukul yang berketingting sebentar tadi.
- Sekiranya pihak lawan gagal berbuat demikian maka pemukul masih mempunyai peluang untuk menghabiskan satu pusingan lengkap dan mendapatkan ‘HOME’.
- Mata kemenangan dikira kepada kumpulan yang ahlinya yang paling ramai yang berjaya melakukan ‘HOME’.
0 comments:
Post a Comment