1.0 Tajuk Permainan

Tajuk : Force Ball
Kategori : Pukulan
Read More

2.0 Matlamat Permainan

Blog ini dibuat untuk memaparkan dan membentangkan Permainan Kanak-kanak yang dicipta sendiri kepada umum sebagai panduan mengendalikan permainan kanak-kanak menggunakan sumber internet iaitu laman web. Melalui penghasilan blog ini juga, objektif kerajaan untuk melahirkan generasi yang celik teknologi maklumat (IT) dapat direalisasikan.
Read More

3.0 Obketif Permainan

Melaui blog ini, kami dapat :



  • belajar meneroka dan menghasilkan laman web permainan kanak-kanak kategori pukulan yang boleh dijalankan semasa proses P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah.
  • mengaplikasikan dan menggabungkan pelbagai pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari daripada mata pelajaran pergerakan asas elektif 1 (PJM3102)
  • menunjukkan kekreatifan dalam mencipta satu set permainan kanak-kanak yang sesuai dengan murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2.
Read More

4.0 Panduan Pelaksanaan Permainan

Panduan pelaksanaan permainan merangkumi 4 aspek seperti berikut :

1) Senarai jenis alatan
2) Prosedur pelaksanaan permainan mengikut kategori
3) Pelan kedudukan pelaksanaan permainan
4) Peraturan dan syarat-syarat permainan

Read More

4.1 Senarai Jenis Alatan


Dalam permaian Force Ball ini terdapat 4 jenis alatan yang digunakan :


Skitel



 Bola



Pemukul Tangan




Bakul
Read More

4.2 Prosedur Pelaksanaan Permainan

  1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli bagi setiap kumpulan.
  2. Kumpulan 1 dinamakan 'Force' manakala kumpulan 2dinamakan 'Ball'.
  3. 'Force' akan menjadi penyerang manakala 'Ball' akan menjadi penghadang dan sebaliknya.
  4. Setiap ahli kumpulan 'Force' akan mengambil giliran memukul bola dengan menggunakan pemukul tangan.
  5. Setelah berjaya melakukan pukulan, pemukul akan segera melakukan ketinting ke arah skitel-skitel sehingga ke skitel yang terakhir. Manakala, 'Ball' akan cuba menangkap, menyambut dan melambung bola yang dipukul tadi dengan menggunakan bakul dan meletakkan bola di skitel berhampiran untuk mematikan pihak Force.
  6. Jika pemukul tidak sempat sampai di mana-mana skitel setelah pihak 'Ball' berjaya meletakkan bola dan bakul di skitel maka pemukul itu akan dikira mati.
  7. Jika pemukul berjaya melakukan ketinting hingga ke skitel terakhir, dia dikira 'Home' dan mendapat 3 mata.
  8. Permainan ini diteruskan sehingga kesemua ahli kumpulan 'Force' memukul bola dan menukarkan peranan iaitu pihak 'Ball' pula menjadi 'Force' dan pihak 'Force' menjadi 'Ball'.
  9. Mata akan dikira berdasarkan bilangan ahli kumpulan yang berjaya membuat 'Home'.
  10. Kumpulan yang mengumpul banyak mata memnangi permainan ini.

Gambar-gambar permainan Force Ball 


Pemain memukul bola.
Kumpulan 'Force' memukul bola yang dibaling.
Kumpulan 'Ball' menyambut bola yang dipukul.



Video permainan Force Ball
Read More

4.3 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

1) Pelan permainan sebelum permainan

2) Pelan permainan semasa permainan berlangsung






3) Pelan sebenar permainan

Read More

4.4 Peraturan dan Syarat-syarat Permainan

  1. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pemain sahaja.
  2. Peserta yang dibenarkan untuk membuat pukulan hanya dibenarkan untuk membuat tiga kali pukulan sahaja. Jikalau tiga kali percubaan itu gagal maka bahagian pukulan akan diambil alih oleh pihak lawan. 
  3. Pukulan yang dilakukan mestilah dari paras bahu dan bola mesti melalui pembaling.
  4.  Setelah memukul pemukul akan berketingting ke setiap stesyen yang disediakan. Jikalau pemain gagal untuk berketingting, maka pemain itu akan dimatikan.
  5. Pada masa yang sama pihak lawan harus memegang bakul yang berfungsi untuk menangkap bola yang dipukul pemukul. 
  6. Pihak lawan tidak sekali-kali menangkap bola menggunakan tangan. Jikalau berlaku demikian maka pihak lawan akan diberikan mata tambahan.
  7. Pihak lawan yang berjaya menangkap bola tidak boleh bergerak dan hanya boleh menyerahkan bola kepada ahli kumpulan yang lain untuk menterbalikkan  bakul beserta bola di kon yang disediakan di mana-mana stesen untuk mematikan pemukul yang berketingting sebentar tadi.
  8. Sekiranya pihak lawan gagal berbuat demikian maka pemukul masih mempunyai peluang untuk menghabiskan satu pusingan lengkap dan mendapatkan ‘HOME’.
  9.  Mata kemenangan dikira kepada kumpulan yang ahlinya yang paling ramai yang berjaya melakukan ‘HOME’.
Read More